Hari ni Umairah complaint punggung dia sakit…Mama tanya kenapa dia tak tahu…Dari malam tadi dia mengadu kaki sakit la, pinggang sakitla, punggung sakitla…Risau lak dengan anak dara kecik sorang ni…Kenapala agaknya…Jatuh ka? Terkehel ke? Nak suruh mandi dia dah berdengkut-dengkut sambil pegang punggung…Mama cakap dengan dia kalau cam tu tak yah sekolah la hari ni sebab sekolah dia ada berenang je hari ni tak de belajar…Terus senyum sampai telinga…Trick ke ni tak nak pergi sekolah ko? Umairah…umairah…
Pagi-pagi Danish bagi tahu Umairah…”Umairah, 1 hari lagi…Umairah jawab yea!!! Kalau orang tak tahu mesti hairan sebab apa ek? Rupa-rupanya diorang tengah menghitung hari birthday untuk kakak & kak ngah yang jatuh esok hari…Yeah…18 April, 12 tahun yang lalu mereka dilahirkan…Besar dah anak mama ek…Dah nak ambil UPSR dah…Esok buat entri panjang sket untuk birthday diorang…
Pagi discuss dengan ayah cara terbaik untuk menjadikan kerja memasak mama di petang hari cepat dan pantas…Mama buat cadangan pada ayah untuk masak pada hujung minggu lepas tu mama freezekan makanan tu…Labelkan untuk hari apa…Then, bila hari tu tiba mama panaskan sahaja…Senang, cepat dan mudah, just panaskan makanan yang dimasak sendiri, bukannya makanan yang dibeli dari kedai…Minggu ni mama kena praktikkan la…tapi kena tanya anak-anak diorang nak makan ape…4 hari je, Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat…Rabu ada pasar malam…so tak yah masak…Rasanya ikut cara ni dulu la untuk boleh berjaya…kalau ok, bolehla diteruskan…Cuba dulu ek…