Thursday, April 16, 2009

Huh, accidentla pulok!!!!!!

Hari ni mama dah siapkan semua barang dari malam…Sidai baju waktu malam…pinggan tak pe la tinggalkan dalam singki dulu…balik esok boleh basuh…Ok…semua ready malam…pagi tadi…bangun…kejutkan umairah…gosokkan gigi umairah n mandikan…mama pun nak siap-siap pakai baju…Tup-tup kak ngah turun berkemban (not so kembanla pasal dia pakai tuala n –singlet…dia tanya mana baju kak ngah…mama bagi tau dia yang mama dah sangkut baju dia kat atas…dia kata tak de…lepas tu bolehla pulak budak 12 tahun cam dia tu duduk menangis pasal baju sukan sekolah dia tak de…mana tak angin mama pagi-pagi cam ni…mama malas nak bising-bising, naik bilik Danish…tengok baju dia ada tersangkut kat situ…kak ngah…kak ngah…suka buat perangai tau…memang dari kecik dia cam tu…suka arahkan orang buat tu…buat ni…especially kakak…lepas tu kalau kakak dengar cakap dia dan benda yang dia suruh buat tu salah…mulala dia kata kenapa ikut cakap dia…tak boleh fikir sendiri ke…boleh?
Balik cerita tadi…bila mama bagi tahu yang baju dia dah tersangkut kat almari Danish, baru dia naik atas, bawa beg dan kemas buku…Ya Allah…geramnya dengan anak sorang ni…Dia dah tau buku tak berkemas lagi, mama nak kena pergi kerja pagi-pagi, boleh la dia duduk kat situ menangis…Rasa nak picit-picit je dia tapi sabar mama…sabar…sabar…Beristighfar….Alhamdullilah…Sengaja je dia nak menyakitkan hati mama…Agaknya mama kecik-kecik cam tu jugak perangai kot…ni yang anak pun sama…tah la…mungkin ayah kot perangai cam tu hehehehhehehe…
Ok…semua siap…nasib baik semua ok tak de ape-ape yang luar biasa…Bolehla pergi kerja dengan senang hati…sampai nursery waktu yang sama dengan semalam…Dah check tak de barang tertinggal ke ape…Bersalam dengan semua anak-anak (baik kan anak-anak mama ni!!!)…Mama dan ayah pergi ke tempat kerja…Nampak ok…Jalan raya kat Shah Alam nampak ok… tak jem langsung…ok…ok…mama cam dengan ayah…boleh sampai awal cam ni…huh! Lepas sampai federal highway…harapan berkecai…jem sama cam semalam tapi lagi teruk…lepaskan susur keluar dari subang lama…jem teruk…sampai ke simpang Motorola…jem lagi teruk dari semalam…Kenapa la agaknya…Mama dah angin sikit ni…Loh sampai ke Avon, Nampak kereta accident 4 buah…Inila penyebab jem yang teruk sampai ke subang jaya…tak berbaloi langsung…kalau accident teruk sampai mati 100 orang berbaloi gak la jem cam tu…Ni…Nan ado ek…
Sampai kat office mama cakap dengan ayah malas nak makan sebab mama dah bawak baki Yong Tau Foo mama beli kat pasar malam semalam…Ayah kata ok sebab dia pun nak cepat pergi office…ada hal kat office katanya…Ok la…Mama sampai office parking dah penuh dah…mama pun letak je kat visitor space…Lantakla…Malas nak fikir…Kalau diorang panggil baru mama alihkan…Tapi dah bererapa hari ni tak de la pulak…Mungkin sebab mama guna trick kot…mama parking kat parking space paling ujung untuk visitor so kalau diaorang nak suruh mama alihkan, mama akan bagi tau kenapa kereta lain tak kena alihkan? Hehehhe….Tu la caranya…
Hari ni cam biasa…buat kerja…sistem la…fill up brief cover design untuk buku…melayan editor yang datang bagi balik kerja yang dia dah edit…Lama gak melayan editor tu…macam-macam isu timbul…Dia kata dia stress pasal dengar author tak puas hati dengan kerja dia…mama bagi tau dia…tak yah susah-susah hati…buat balik lepas tu biar author decide nak buat ape…Janji kerja kita siap…tak yah stress-stress…menyusahkan hidup je…itula pegangan mama selama ni…mama buat kerja mama je…kalau ada orang tak puas hati sila bagitau apa…kalau yang mengarut-ngarut memang mama buat tak tau je…malas nak layan-layan benda-benda remeh cam tu…
Sambil buat kerja dengar single David Archuleta – Crush melalui YouTube…Tahun lepas tengok di American Idol…Dari mula-mula dia muncul sampai final…Without missed…Tak pernah mama suka budak kecik cam tu macam mama suka dia…He so adorable…Macam Paula cakap rasa nak squashed dia n peluk-peluk dia tak nak lepas…Macam tengok Danish je…Hehehehhe…Nanti mama nak cari CD dia la…berbaloi keluar duit RM40 dengar suara dia kan…Umairah cakap mama ada gofred ek...setiap kali nampak David...Hahah Umairah...Umairah...
Mama ni pasal lagu dari kecik dulu memang giler menyanyi…Masa mama 12 tahun, mama dah nyanyi dengan live band kat khemah orang kawin kat kampung…Hahah ada gak peminat ooooo…tapi bila masuk 13 tahun, mama dah tinggalkan benda-benda tu…mama Cuma minat dengar lagu je la sampai hari ni…Tapi mama perhatikan anak-anak mama memang giler menyanyi…Ikut jejak langkah mamakah? Kak ngah kalau menyanyi siap dengan lenggok-lenggok dia…Kakak suka mengaji…ada gak la wakil kelas dan sekolah mengaji…masuk nasyid…Danish pun suka gak menyanyi…Dia paling suka dengan piano…Selalu gakla dia mintak nak masuk kelas piano tapi mama tak bagi sebab bayor mahal…Nanti-nanti kalau dah habis bayar hutang-hutang mama masukkan dia kelas piano kot taun depan…Umairah pun tengah giler menyanyi sekarang ni…Bila tengok Umairah, mama terkenang masa sebaya umur dia…Kalau arwah abah mama nak gi KL mesti bawak mama sekali pasal dia kata kalau dia sorang-sorang dalam kereta mesti mengantuk…kalau ada mama ada gak la bunyi suara orang heheheheh…Mama pun ape lagi la…Melompat la sapa tak nak pergi KL kan…Dari Johor ke KL ikut Jalan lama mau gak dalam 7 – 8 jam…tapi besh sebab tak banyak kereta masa tu tak macam sekarang ni…Huhu…Kenangan yang indah masih mama tak boleh lupakan sampai hari ni…Memang sah anak-anak mama ni banyak menguikut bakat seni dalam darah mama dia ni Cuma mama je yang selalu tak mengaku yang mama ini ada darah seni hehehhe….



No comments:

Post a Comment