10 Mei datang dan pergi dalam hidup mama…Tiada lagi sambutan hari ibu sejak ibu mama meninggal lima tahun lalu…Tahun 2004, buat kali terakhir mama mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu mama sebelum arwah mendapat strok dan meninggal dunia 17 hari selepas itu…Sedihkan…Memang sedih…Iyelah mana sama kasih sayang seorang ibu dengan kasih seorang suami kan…
Hari ibu bagi mama sejak lima tahun yang lepas macam biasanya…Tahun ni, Umairah yang beriya-iya wish mama…Tadika dia siap bakekan cookies untuk mama…Hari Jumaat tu sampai aje nursery, Umairah terus hulur bungkusan cookies dan kad yang diberikan oleh teachernya…Selamat hari Ibu, mama…Ni biskut kita buat dengan teacher…Tulus je kan…Siap Umairah cakap, biskut ni mama sorang je yang punya…Orang lain tak boleh makan…huhu…sampai rumah, ayah dah buka bungkusan dulu dan ngap…Umairah siap simpankan untuk mama…Lepas tu mama bahagikan di kalangan anak-anak semua…Besh kan…Tapi anak-anak yang dah besar ni dah tak heran dengan hari ibu…Dulu masa tadika bukan main lagi, buat kad bagai…Sekarang senyap je…Wish pun tidak…Cuma kak ngah je belikan pen, heheh…At least kak ngah ingat jugak kat mama dia ni kan…
Semalam pergi hospital, melawat adik mama yang baru bersalin jumaat lalu di HKL…Anak dia made in Melbourne sebab dia mula mengandung sejak dari Australia sebelum balik ke tanah air pada February lalu…Anak ketiga…baby girl tapi kena tahan sebab suspek juandis…Nampak cam ok je tak Nampak la kekuningan tu, tapi doktor tahan dan nak check dengan darah dia…Kalau ok boleh balik la…Cian adik mama tu dah ditahan sejak 3 hari, so dia tak leh le buat ape-ape seperti yang orang beranak buat…Tak berurut, tak bertungku…Bila uterus dia mengecut, sakit yang amat-amat, maklumla dah anak ketiga…Ngeri mama…Bila tengok keadaan adik mama tu, mama teringat balik la masa mama last beranak 5 tahun lepas…Punyala sakit…Mama kena induce 3 jam, terus Umairah keluar…Sakit nak bersalin yang betul, 3 jam je…tapi adik mama ni dah kena induce dari pukul 10 hari Khamis, pukul 3 pagi jumaat dia baru bersalin…Kalau mama kena cam tu memang dah suruh doktor bedah je…Rupanya bersalin kat hospital kerajaan ni bukan senang-senang nak potong…kena induce dulu…sekali tak leh…tunggu 24 jam…kalau tak leh juga, baru c… ikut ISO la katakan…payah tul…Nasib baik la adik tu bersalin gak walaupun dah sekat berbelas jam kena induce…Agaknya baby dia malas nak keluar sebab syok sangat duk dalam perut mak dia tu…
Lama gak kat hospital, pukul 6 lebih baru adik mama direlease kan…Mama tak ikut dia balik ke rumahnya di Kampun Baru sebab mama dah janji dengan anak-anak mama belikan beg sekolah agama yang dah putus tu…Hai, anak-anak setengah tahun je beg mulala rosak sana sini…Nak buat camane ek…Dah anak-anak cam tu la…
Lepas beli beg, mama pergila pulak rumah anak sedara mama di Damansara Damai…Anak sedara ni, namanya Ika umur baru 22 tahun tapi dah menikah bulan November 2008…Sekarang tengah mengandung 3 bulan…Dulu kurus je tapi sekarang nak berisi…Mengikut kata suami dia, Ika ni kuat makan dan minum air…Biasanya masa mengandung, kalau tak jaga, semua berselera tapi masa nak menurunkan berat badan lepas bersalin memang seksa…Huhu mama yang dulu saiz S, bila dah beranak 4 cam ni, terus jadi XL…Hahahahah…Tak pe la janji sihat walaupun mama ni dah mula mendapat penyakit darah tinggi…Biasala stress anak-anak campur dengan stress kerja…Apa lagi…Naikla darah tu tapi mama under medication la…Umairah yang tukang ingatkan mak dia ni supaya makan ubat…Alhamdulliah ada anak cam Umairah dan kakak, kak ngah dan abang…Mama sayang semua…
No comments:
Post a Comment